Tuesday 11 April 2017

Lima cara bagaimana aku kekalkan fokus

Salam dari Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan,




Peperiksaan semakin hampir. Mood aku nak belajar kejap naik kejap turun macam roller coaster. Tetapi sebagai pelajar matrikulasi dua tahun, aku kena 'ajar' diri aku untuk lebih fokus dan berdisiplin. Masa 'lebih' yang aku habiskan di KMNS haruslah berbaloi. Aku nak pada bulan September 2018, berebut-rebut universiti awam offer course pilihan pertama kepada aku. 😀 Meh sini aku share lima cara bagaimana aku kekal fokus.


 Check it out!


Tidur yang cukup - bagi aku tidur yang cukup dapat memulihkan tenaga serta memperbaiki sistem metabolisme badan dengan cara ini otak boleh berfungsi dengan efisien nya.Tidur yang cukup membuatkan aku tidak mengantuk didalam kelas.

Hilangkan kebiasaan malas-malas adalah rasa dalam diri aku mungkin juga orang lain,malas ini kebiasaanya suka menunda kerja yang dilakukan.Untuk aku atasi penyakit malas ini ,aku selalu ingatkan diri aku,kenapa aku berada disini dan tujuan mama untuk hantar aku ke sini.

Usahakan untuk duduk dihadapan-Didalam kuliah,amalkan diri untuk duduk dihadapan kerana tiada ganggu dari hadapan,terus kepada lecturer,kadang-kadang duduk dibelakang dapat mengurangkan konsentrasi diri.

Niat pergi ke kelas-sebelom keluar bilik setiap pagi ,aku niat pada hati aku "menuntut ilmu kerana Allah".Dan amalkan zikir antara maghrib dan isyak dengan zikir "ya rasyid" sebanyak 1000x yang membawa maksud maha cendikiawan.

Preview topik-sebelum tidur aku akan baca topik yang aku kurang faham,cuba untuk baca dan fahamkan walaupun satu subtopik yang kecil,kerana daripada itu aku dapat tingkatkan kefahaman aku.